the Art of PurpLe

the Art of PurpLe

Best eveR aBOUT My Blogs

LOVE :) BLOGGING ABOUT ------>


-InTERiOR DESiGN
-ArCHiTECTuRE
-FAshioN And Style
-MAC and Bobbie bRown
-ArT AnD DESiGN
-PHOTOGrAPhY
-WRiTiNG
-OThErs


Sunday, January 4, 2009

FESYEN dan Anda : Memahami cita rasa fesyen wanita



WANITA bertudung yang suka bergaya gemar mempelbagaikan fesyen pakaian mereka. Setiap hari mereka pasti tampil dengan kelainan. Tidak mahu terikat hanya dengan satu-satu jenis fesyen dan potongan, wanita Muslimah ini berani menggayakan fesyen-fesyen terkini tanpa mengenepikan ciri-ciri yang sepatutnya ada.

Memahami kehendak wanita Muslimah yang gemar bergaya ini, ID Perempuan Zaiton Alias Collections sentiasa berusaha menampilkan fesyen-fesyen terkini yang memenuhi cita rasa mereka dalam berfesyen.

Fesyen yang ditampilkan bukan hanya terbatas kepada jubah, bahkan fesyen-fesyen terkini yang menjadi ikutan wanita. Contohnya, fesyen kurung Pahang yang memberi ilham kepada ID Perempuan Zaiton Alias Collections bagi menghasilkan rekaan kontemporari dan menarik.

Gabungan dua jenis fabrik, iaitu polos dan bercorak bagi fesyen kurung dan jubah moden menyuntik keindahan pada rekaan tersebut. Baju yang dipilih daripada kain polos menggunakan fabrik lembut dan nipis seperti sifon, krep dan sutera diperindahkan dengan jahitan manik pada leher dan belahan baju di depan.

Sementara itu, potongan tangan tidak dibuat lurus seperti lazim potongan untuk baju kurung tetapi diubah menjadi potongan loceng. Separuh bahagian tangan dibuat daripada kain polos dan separuh lagi daripada kain yang bercorak sama dengan bahagian kainnya yang berpotongan A.

Selain kurung Pahang, pengeluar fesyen yang terkenal di Malaysia dan mempunyai rangkaian pengedar di kalangan Bumiputera ini turut menghasilkan rekaan kebaya potongan moden dan jubah ala dres labuh yang boleh dipakai sama ada ke pejabat, majlis atau kasual.

No comments:

Post a Comment