the Art of PurpLe

the Art of PurpLe

Best eveR aBOUT My Blogs

LOVE :) BLOGGING ABOUT ------>


-InTERiOR DESiGN
-ArCHiTECTuRE
-FAshioN And Style
-MAC and Bobbie bRown
-ArT AnD DESiGN
-PHOTOGrAPhY
-WRiTiNG
-OThErs


Friday, February 13, 2009

17 sebab suami jd 'mental'!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak
walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan ..memancing ikan pun dia
tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan
selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la
cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto
jer "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak
jumpa barang-barang yang disimpan beliau..


4. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari
opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru
semalam telah ke pasar.


5. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan
suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party
tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana
kan ?? "

6. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam
selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet
pot pet pet .."

7. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin
suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab
hubby dia orang outstation, ok kan "

8. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh
dan rambut tak terurus serupa langsuwer dan muka tak bermekap serupa
mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie.
"..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer,
kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

9. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.

10. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi
ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

11. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau
kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong
ayam nih.."

12. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada
suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak
massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik
opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi.."


13. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat
kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan
kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut
bla bla bla bla...ini semua salah you"

14. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik
abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti
nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

15. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak
makan.. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan
rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

16. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah
rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

17. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang
munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan
tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk
breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau
dodol....."

1 comment:

  1. apekah lagu ini? terkejut di tengah malam ada lagu kuat2 ni.. haha

    btw kesimpulannye.. jadila isteri yg taat dan patuh kepada suami.. da..

    ReplyDelete